Saturday, November 22, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai bank rugi RM471,100 dalam skim pelaburan palsu

ALOR SETAR: Seorang pegawai remisier bank mengalami kerugian RM471,100 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Kedah Supt Loi Yew Lik berkata, polis menerima laporan mangsa di IPD Kulim pada tengah hari semalam.

Menurut Loi, kejadian bermula pada 16 September lalu apabila mangsa ternampak iklan pelaburan di laman sosial itu.

Iklan tersebut ditawarkan sebuah syarikat yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa telah diyakinkan dengan tangkap layar testimoni keuntungan dan diberitahu pelaburan berkenaan adalah dijamin tanpa risiko,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian menghubungi seorang individu bernama Cheryl, yang dikatakan wakil syarikat pelaburan, melalui WhatsApp.

Pada 29 Oktober, mangsa mula membuat 14 transaksi pembayaran ke akaun bank berjumlah RM471,100.

Pada awalnya, mangsa menerima pulangan RM21,100 sebelum suspek mula memberi pelbagai alasan.

Suspek kemudian meminta mangsa untuk membuat pembayaran tambahan.

Pegawai bank itu mula mengesyaki ditipu selepas mesejnya tidak dibalas.

Siasatan polis mendapati nombor telefon yang digunakan suspek adalah palsu dan tidak didaftarkan kepada syarikat berkenaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories