the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah bonda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam

‎SHAH ALAM: Jenazah bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar selamat dikebumikan di Makam Diraja di sini kira-kira 2.45 petang tadi.

‎Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diimamkan oleh Imam Besar Muhammad Farhan Wijaya selepas solat zuhur.

‎Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menunaikan solat jenazah sebelum menyaksikan pengebumian Allahyarham yang juga dihadiri keluarga Tengku Permaisuri Norashikin.

‎Turut hadir ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi serta Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail.

‎Selain itu, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar juga hadir.

‎Baginda berdua turut berkenan menyiram air mawar selepas bacaan talkin dipimpin Muhammad Farhan selesai.

‎Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Allahyarham Esah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Damansara pada 5.15 pagi tadi kerana sakit tua – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings