the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Operasi SAR diteruskan untuk mangsa kepala air di Sungai Klang

Operasi SAR hari keempat untuk cari lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, melibatkan 200 anggota dengan rondaan kaki 26km

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang pada Isnin lepas diteruskan hari ini dengan kaedah rondaan berjalan kaki sejauh 26 kilometer.

Operasi bermula dari Persimpangan Masjid Jamek hingga ke Kampung Tengah, Puchong ini melibatkan 13 pasukan yang menelusuri tebing sungai.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi hari keempat itu bermula 8 pagi tadi melibatkan kira-kira 200 anggota.

Pasukan terdiri daripada 120 anggota Polis Diraja Malaysia, 60 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Tindakan ini dilakukan berikutan pada hari kejadian dilaporkan paras air tinggi yang mungkin menyebabkan mangsa tersangkut di tebing sungai,” katanya.

Sazalee berkata mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari serta menyelamat terus dijalankan.

Operasi SAR hari ini turut menggunakan empat bot, beberapa kayak, bantuan dron, unit penyelam serta dua anjing dari unit Anjing Pengesan K9.

SAR akan diteruskan hingga 7 malam dan sekiranya mangsa masih gagal ditemui, operasi akan disambung pagi esok.

“Setakat ini pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk baharu yang dapat membantu dalam pencarian mangsa,” katanya.

Dalam kejadian pada 5.40 petang Isnin lepas, K Suresh, 37, yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air.

Kejadian berlaku berhampiran Pintasan Saloma selepas mangsa terperangkap di bawah jambatan.

Seramai 11 pekerja pembinaan lain bagaimanapun berjaya diselamatkan JBPM. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories