the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PLUS aktif laluan kontra di Lebuhraya ELITE malam ini hingga 27 Nov

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PLUS akan aktif laluan kontra di Lebuhraya ELITE antara KM18-KM19.5 dari malam ini hingga 27 Nov untuk kerja pemasangan paip air.

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mulai malam ini hingga 27 November.

Laluan kontra akan dilaksanakan di antara Bandar Saujana Putra dan Putrajaya dari Kilometer 18 hingga KM 19.5.

Aktiviti ini beroperasi setiap malam dari pukul 11 malam hingga 5 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut kenyataan PLUS, pengaktifan laluan kontra adalah untuk kerja-kerja pemasangan paip air oleh kontraktor pihak ketiga.

PLUS menasihati pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan mereka dengan teliti.

Pemandu juga diminta mematuhi semua tanda trafik dan arahan petugas PLUS di lokasi kerja.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, atau aplikasi X@plustrafik.

Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih juga akan memaparkan maklumat kemas kini trafik.

Untuk bantuan kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings