the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Semua exco, pegawai Selangor diarah turun santuni mangsa banjir

Menteri Besar Selangor arah semua exco dan pegawai turun santuni mangsa banjir selepas tamat persidangan DUN petang ini

SHAH ALAM: Semua exco dan pegawai kerajaan Selangor diarahkan turun menyantuni mangsa yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat yang berlaku di negeri itu sejak semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri sedang mengemaskinikan perkembangan dan situasi banjir di seluruh Selangor.

“Kita juga memantau dengan rapat paras air di empangan negeri supaya terkawal dan mengelakkan sebarang insiden. Ketika ini paras air agak stabil.

“Saya sedang menunggu laporan berhubung situasi banjir ini dan kita akan minta semua pegawai serta exco terbabit untuk turun menyantuni mangsa selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor petang ini kerana dijangka hujan berterusan sehingga esok,” katanya.

Beliau mengulas situasi banjir di Selangor selepas Pelancaran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung langkah susulan menghadapi banjir petang ini.

Terdahulu, media melaporkan lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Selangor berikutan banjir akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), setakat jam 1 tengah hari ini, lima PPS menempatkan 110 mangsa daripada 30 keluarga di empat daerah.

PPS berkenaan ialah Dewan Sri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam (Sabak Bernam); Pusat Perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat serta yang terbaharu di Masjid Al Falah Kampung Budiman (Shah Alam). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories