Rakyat Malaysia terdampar di Hatyai bersyukur atas bantuan hotel tempatan termasuk penginapan percuma susulan banjir teruk di Thailand
HATYAI: Rakyat Malaysia yang terdampar di sini bersyukur dengan keprihatinan masyarakat tempatan meskipun masih tidak dapat pulang susulan banjir melanda Thailand.
Beberapa hotel sanggup menawarkan penginapan percuma kepada mangsa banjir yang terkandas.
Mereka turut menyediakan makanan percuma kepada pelanggan yang terjejas sehingga kemudangan dapur hotel turut dinaiki air.
Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn Bhd Dr Baharin Baharom berkata mereka telah mendaftar keluar dari hotel setelah dimaklumkan mengenai bantuan bot.
“Kami juga diarahkan untuk mengosongkan kawasan lobi hotel kerana air telah mula naik,” katanya.
Beliau menyatakan gelombang banjir kedua lebih teruk walaupun hotel terletak di kawasan tinggi.
Kedutaan Malaysia turut menghantar makanan untuk diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak.
Dr Baharin memohon bantuan ubat-ubatan untuk warga emas yang menghidap sakit jantung dan darah tinggi.
Generator hotel tidak dapat dihidupkan menyebabkan tetamu tidak boleh mengecas telefon bimbit.
Keadaan semakin mencabar dengan kemudahan asas yang semakin terjejas. – Bernama







