TNB masih menutup bekalan elektrik di pencawang Wakaf Aik, Bachok demi keselamatan, sementara beberapa kawasan Kota Bharu sudah pulih
KOTA BHARU: Tenaga Nasional Bhd (TNB) masih menutup bekalan elektrik di pencawang elektrik di Wakaf Aik, Bachok.
Penutupan ini dilakukan demi keselamatan pengguna setempat berikutan keadaan banjir.
Kawasan sekitar pencawang terjejas akan terus mengalami gangguan bekalan buat sementara waktu.
Beberapa pencawang elektrik di sekitar Kota Bharu telah diberikan bekalan elektrik sepenuhnya setakat 4 petang tadi.
TNB menggesa orang ramai merujuk panduan keselamatan elektrik syarikat semasa banjir. – Bernama







