the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Projek ‘gajah putih’ catat penurunan

Jumlah projek perumahan sakit, lewat dan terbengkalai menunjukkan trend penurunan hasil tindakan pantas Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai.

KUALA LUMPUR: Jumlah projek perumahan sakit, lewat dan terbengkalai menunjukkan trend penurunan hasil tindakan pantas dan berkesan Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata jumlah projek lewat menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 24% daripada 146 kepada 111 projek setakat 31 Oktober.

Beliau berkata dalam tempoh sama, jumlah projek sakit menurun daripada 353 kepada 335 projek manakala projek terbengkalai berkurang daripada 107 kepada 105 projek.

Aiman Athirah berkata bagi tahun ini sahaja, sebanyak 395 projek sakit dan lewat dipulihkan melibatkan 44,806 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar RM33.75 billion.

“Selain itu, 11 projek terbengkalai merangkumi 2,085 unit rumah bernilai RM239 juta diselesaikan sama ada melalui pemulihan atau kaedah alternatif sehingga memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Residensi Hektar Gombak.

Sejak penubuhannya pada 2023, TFST berjaya memulihkan 1,333 projek perumahan swasta melibatkan 159,638 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM126.47 billion.

Sementara itu, Aiman Athirah berkata beliau telah meminta pihak pemaju, kontraktor dan agensi teknikal menyegerakan pemulihan projek Residensi Hektar Gombak dengan sasaran memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan pada suku pertama 2027.

Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meninjau setiap tiga bulan projek berkenaan yang kini mencapai kemajuan 85% bagi memastikan jadual pemulihan dipatuhi.

Projek perumahan melibatkan 2,400 unit kediaman itu terhenti sejak dimulakan pada 2018 akibat pelbagai masalah.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

Atome gets US$345m boost for regional expansion

The expanded facility will accelerate the expansion of Atome’s profitable regional portfolio and products such as buy now pay later (BNPL), digital lending, insurance and the Atome (Pay Later Anywhere) Card across key Southeast Asian markets like Singapore, Malaysia and the Philippines.
spot_img

Popular Categories