the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shamsul Iskandar letak jawatan setiausaha politik PM

Shamsul Iskandar letak jawatan setiausaha politik kanan PM, dakwa langkah pertahan diri daripada serangan yang boleh rosakkan imej kerajaan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan MADANI, justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, Shamsul Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Gesaan tindakan itu dibuat bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang mahukan siasatan oleh SPRM berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang setiausaha politik perdana menteri.

Anwar sebelum ini menjelaskan bahawa surat sokongan berkenaan adalah “kabur” dan tidak membawa maksud arahan.

Beliau menegaskan bahawa proses kelulusan projek tidak dipengaruhi oleh surat itu kerana pihak berkuasa berkaitan maklum sepenuhnya mengenai prosedur standard.

Related

spot_img

Latest

FIS Ski Jumping World Cup Opens in Lillehammer with CHiQ as Official Partner

LILLEHAMMER, NORWAY - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - From November 21 to 23, the 2025/26 FIS Ski Jumping World Cup officially launched its new season in Lillehammer, Norway, igniting the winter sports calendar with breathtaking momentum.

Merry Giftmas at Hong Kong International Airport: BEAUTY&YOU Unwraps the Ultimate Christmas Beauty Shopping Experience Discover Hong Kong’s Widest Range of Festive Gift Sets...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - This holiday season, BEAUTY&YOU by The Shilla Duty Free is turning travel time into gift time with "Merry Giftmas", a one-stop holiday shopping celebration packed with the city's most comprehensive collection of Christmas-edition beauty sets and exclusive perks from top brands around the world.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories