the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NADMA gesa mangsa banjir daftar di PPS, lengkap MyIBJKM untuk bantuan

NADMA minta mangsa banjir daftar di PPS dan lengkapkan MyIBJKM untuk Bantuan Wang Ihsan RM1,000, boleh diterima melalui e-pindahan atau tunai di BSN.

KANGAR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggesa semua mangsa banjir di seluruh negara mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di pusat pemindahan sementara.

Ketua Pengarah NADMA Meor Ismail Meor Akim menekankan pendaftaran rasmi dengan JKM di PPS merupakan syarat utama sebelum Bantuan Wang Ihsan RM1,000 dapat disalurkan.

“Bantuan ini diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir walaupun tidak berpindah ke PPS, yang pertama kena daftar dengan JKM dahulu, kemudian daftar dalam aplikasi,” katanya selepas meninjau PPS Dewan 2020 di sini.

Beliau berkata proses pembayaran bantuan dibuat melalui dua kaedah iaitu pindahan wang elektronik atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional.

“BSN akan memberikan notifikasi melalui SMS berkaitan kaedah bayaran BWI kepada penerima layak,” ujarnya.

Meor Ismail menasihati mangsa yang mempunyai anak kecil dan warga emas supaya berpindah ke PPS demi keselamatan masing-masing.

Mengenai situasi banjir di Perlis, beliau berkata keadaan pada masa ini terkawal walaupun negeri itu mengalami hujan berterusan.

“Perlis pernah mengalami banjir besar pada 2010, dan kali ini juga luar biasa. Tetapi, saya lihat semua agensi bersiap siaga, koordinasi pun lancar,” katanya. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings