the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suspek serang wartawan sukan dipercayai tersalah sasaran

Polis dedahkan suspek serangan wartawan sukan Haresh Deol tersalah sasaran, dipercayai berpunca dakwaan gangguan terhadap isteri suspek

KUALA LUMPUR: Suspek dalam insiden serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan Haresh Deol dipercayai tersalah sasaran.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati serangan itu berpunca daripada motif peribadi.

“Kejadian ini dilihat bersifat peribadi dan suspek sebenarnya telah tersalah orang,” katanya kepada pemberita di Program Kesejahteraan Komuniti hari ini.

Beliau menjelaskan terdapat dakwaan mangsa menganggu isteri suspek sebagai punca kejadian.

Fadil berkata suspek berusia 37 tahun itu merupakan seorang penganggur dengan rekod jenayah lampau.

Suspek direman tiga hari sehingga esok selepas ditahan di Cheras pada Selasa lepas.

Siasatan sedang dilengkapkan secara komprehensif dengan meneliti keterangan semua pihak.

Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Pada Selasa lepas, Haresh diserang oleh dua individu di Bangsar dengan seorang merakam insiden menggunakan telefon bimbit.

Dalam perkembangan lain, Fadil berkata mayat pempengaruh Taiwan Hsieh Yun Hsin telah dituntut ahli keluarganya.

Polis masih belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara bagi pertuduhan kes berkenaan.

Beberapa perkara termasuk laporan bedah siasat mangsa masih belum diperoleh.

Jaminan polis terhadap penyanyi rap Namewee disambung 14 hari lagi sehingga 10 Disember.

Namewee dipercayai individu terakhir dilihat bersama wanita Taiwan itu.

Hsieh ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober.

Kes yang awalnya kematian mengejut kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings