the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir Terengganu catat lebih 5,000 mangsa di 77 pusat pemindahan

Lebih 5,000 mangsa banjir di Terengganu dipindahkan ke 77 PPS, manakala Selangor dan Pahang juga mencatat peningkatan jumlah mangsa.

KUALA TERENGGANU: Seramai 5,009 mangsa banjir daripada 1,488 keluarga telah dipindahkan ke 77 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu setakat tengah hari ini.

Negeri itu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi berbanding negeri-negeri lain yang turut dilanda banjir.

Jumlah mangsa di Pahang dan Selangor turut meningkat manakala Perak, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan penurunan.

Negeri Sembilan dan Melaka juga turut dilanda bencana banjir.

Semua lapan daerah di Terengganu kini terjejas dengan bencana yang melanda sejak 22 November lalu.

Kejadian banjir itu telah menyebabkan 15 jalan ditutup kepada kenderaan.

Menurut laman sesawang Jabatan Kerja Raya, tujuh jalan di tiga daerah ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula semalam dan pagi tadi.

Lapan laluan di empat daerah pula ditutup kepada kenderaan ringan sahaja.

Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 25 mangsa daripada lapan keluarga berpindah ke dua PPS.

Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,720 orang daripada 442 keluarga di 21 PPS.

Marang menempatkan 1,316 mangsa daripada 373 keluarga di 10 PPS manakala Setiu mempunyai 1,113 mangsa daripada 395 keluarga di 21 PPS.

Daerah Dungun menyaksikan 371 mangsa ditempatkan di sembilan PPS diikuti Kuala Terengganu (322 orang) di empat PPS.

Besar dan Hulu Terengganu masing-masing mencatatkan 71 mangsa di enam dan empat PPS.

Berdasarkan laporan publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di lima stesen telah melepasi tahap bahaya.

Stesen-stesen berkenaan ialah Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman; Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Setiu di Kampung Bukit, Setiu.

Di SELANGOR, jumlah mangsa meningkat kepada 2,904 orang daripada 770 keluarga berbanding 2,718 orang pagi tadi.

Sepang dan Kuala Langat menjadi daerah terbaharu terjejas dengan banjir.

Sebanyak 20 PPS telah dibuka di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.

JKR Daerah Sepang melalui hantaran di Facebook memaklumkan Jalan Sepang-Jenderam (Simpang Jijan) ditutup kepada kenderaan ringan.

Penutupan jalan itu berikutan kenaikan air akibat hujan berterusan sejak semalam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories