the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Waris mangsa kepala air di Pintasan Saloma layak faedah Perkeso

Isteri dan anak mangsa kepala air di Pintasan Saloma layak terima faedah Perkeso RM2,655 sebulan selepas majikan lunaskan caruman tertunggak.

KUALA LUMPUR: Waris penyelia pembinaan yang maut dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma layak menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Mangsa K. Suresh, 37, bekerja di Palladium Builders Sdn Bhd dan merupakan pencarum Skim LINDUNG Pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Caruman terakhir Suresh dibuat pada April lalu sebelum insiden berlaku pada 17 November.

Perkeso menghubungi majikan dan caruman tertunggak dari Mei hingga Oktober 2025 dilunaskan sepenuhnya pada 18 November.

Tindakan itu mengekalkan status Suresh sebagai pencarum aktif dan memastikan waris layak perlindungan penuh.

Isteri mendiang P. Shalini Devi, 31, dan anak berusia enam tahun Pratezwaran layak menerima Faedah Orang Tanggungan.

Mereka akan menerima RM2,655 sebulan setiap seorang serta Faedah Pengurusan Mayat RM3,000 sekali bayar.

Dalam kejadian jam 5.40 petang 17 November, Suresh dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaannya di bawah jambatan.

Beliau berada di kawasan itu bersama 12 individu lain termasuk pekerja dan pemancing yang semua berjaya diselamatkan bomba.

Mayat Suresh ditemui empat hari kemudian berhampiran Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, kira-kira 45 kilometer dari lokasi hilang.

Perkeso menzahirkan simpati dan berharap keluarga mendiang tabah menghadapi ujian tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories