the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak pertimbang larangan penuh beg plastik sekali guna

Perak sedang teliti larangan penuh beg plastik sekali guna mulai Januari depan berikutan caj 20 sen kurang berkesan kurangkan penggunaan.

IPOH: Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti pelaksanaan larangan sepenuhnya ke atas pemberian beg plastik sekali guna mulai Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata cadangan itu masih dalam tindakan Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi mendapatkan pertimbangan pihak berkuasa tempatan.

Langkah ini diambil susulan kaedah kutipan caj pencemaran plastik 20 sen yang dilaksanakan sebelum ini dilihat kurang berkesan.

“Kutipan caj pencemaran plastik yang dilaporkan semua PBT di Perak pada 2023 berjumlah RM204,238.80 dan ia meningkat kepada RM597,348.80 tahun lepas,” katanya pada sesi soal jawab lisan Dewan Undangan Negeri.

Bermula Januari hingga September 2025 pula, sebanyak RM361,510.60 caj pencemaran telah dikutip.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kutipan caj penggunaan beg plastik di PBT Perak sebanyak RM1,163,098.20 daripada 598 buah premis.

Teh menjawab soalan Goh See Hua mengenai usaha kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna.

Jumlah kutipan yang tinggi menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat tentang kesan negatif plastik sekali guna.

Caj 20 sen setiap beg plastik didapati kurang berkesan kerana tidak memberi implikasi kewangan ketara bagi sebahagian pengguna.

“Caj ini secara prinsipnya bertujuan mengurangkan dan menghindari penggunaan beg plastik terutamanya beg plastik sekali guna,” katanya.

Kerajaan Negeri berdepan beberapa cabaran utama dalam pelaksanaan usaha pengurangan beg plastik.

Antaranya tahap kesedaran segelintir masyarakat yang masih rendah terhadap isu alam sekitar.

Terdapat juga kekurangan alternatif yang selamat dan praktikal di pasar basah atau pasar malam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings