the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, November 28, 2025
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar jamin tidak lindungi individu terlibat salah laku, rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan tidak akan lindungi mana-mana individu terlibat salah laku atau rasuah termasuk bekas Setiausahanya, Shamsul Iskandar.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam salah laku atau jenayah rasuah termasuk bekas Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu ditegaskan Anwar ketika memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai peletakan jawatan Syamsul Iskandar pada Selasa.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata Perdana Menteri turut mengulangi pendirian sama seperti dinyatakan beliau sebelum ini, iaitu sebarang dakwaan salah laku perlu disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa pengecualian.

BACA: Bekas setiausaha politik PM beri keterangan di SPRM kes rasuah

“Perdana Menteri turut memberi peringatan kepada semua Jemaah Menteri untuk sentiasa memantau terutama pegawai-pegawai dan tidak akan dilindungi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang mungkin bersifat salah laku,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Ditanya mengenai status Shamsul Iskandar dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan datang.

“Jadi mungkin kita perlu tunggu sehingga MPP akan datang. Memandangkan pada waktu ini beliau baru meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan, belum lagi ada perbincangan di pihak parti mengenai apa-apa jawatan politik (melibatkan Shamsul Iskandar),” katanya.

Shamsul Iskandar yang memegang jawatan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, berikutan terdapat percubaan untuk menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.

Media turut melaporkan Shamsul Iskandar hadir ke Ibu Pejabat SPRM hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei. – Bernama

Related

spot_img

Latest

First ECRL trains to arrive in Kuantan by December end

The first shipment of ECRL trains, including passenger and freight units, is scheduled to reach Kuantan Port by late December, marking a key milestone for the RM50 billion project.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories