the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik tadika rugi RM1.3 juta kena tipu pelaburan saham palsu

Seorang pemilik tadika kehilangan RM1.3 juta selepas terpedaya skim pelaburan saham dalam talian palsu yang menjanjikan keuntungan 41%.

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik tadika mengalami kerugian RM1.3 juta selepas menjadi mangsa skim pelaburan saham dalam talian palsu.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata wanita berusia 42 tahun itu terpengaruh dengan iklan pelaburan di media sosial yang menawarkan pulangan tinggi pada September lalu.

Mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan dijanjikan keuntungan sehingga 41% daripada jumlah pelaburan.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan telah membuat pembayaran berjumlah RM1.3 juta ke beberapa akaun bank atas arahan suspek, antara 6 hingga 21 November lepas,” katanya.

Selepas pembayaran dibuat, suspek terus mendesak mangsa untuk memasukkan wang tambahan kononnya bagi tujuan pengeluaran ‘keuntungan’.

Mangsa yang gagal menerima keuntungan seperti dijanjikan percaya telah ditipu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Ab Rahaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

“Kita ingin menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dan tidak munasabah,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings