the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siasatan kes Albert Tei, Shamsul Iskandar dijangka lengkap tujuh hari

SPRM arah siasatan kes Albert Tei dan Shamsul Iskandar dilengkapkan dalam tempoh tujuh hari berhubung dakwaan rasuah wang ADUN Sabah

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengarahkan pasukannya melengkapkan siasatan kes bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing dalam tempoh tujuh hari.

Azam mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu itu dan menegaskan SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional dan adil berlandaskan undang-undang.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul Iskandar dan Tei direman selama enam hari sehingga 4 Disember selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM.

Sumber memaklumkan kes ini melibatkan dakwaan ahli perniagaan memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa ADUN di Sabah.

Dalam permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, SPRM berhujah kes ini melibatkan kepentingan awam dan memerlukan tempoh siasatan sewajarnya.

Walaupun mendapat bantahan daripada peguam kedua-dua suspek, Majistret Fatin Muneerah Sofian membenarkan permohonan reman selama enam hari sehingga 4 Disember 2025.

Tempoh reman ini dianggap perlu bagi melengkapkan siasatan secara menyeluruh menurut sumber terbabit.

Siasatan akan dijalankan dengan kadar segera sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan lanjut.

Pertuduhan dijangka dikenakan sekiranya keterangan serta bukti yang diperoleh dipersetujui pihak pendakwaan.

Semalam, Shamsul Iskandar, Tei dan Sofia Rini Buyong ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah.

Shamsul Iskandar dan Sofia Rini ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan manakala Tei ditahan di rumahnya di Puchong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings