the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Papagomo mengaku tidak bersalah atas hantaran palsu di Facebook

Papagomo mengaku tidak bersalah di mahkamah atas tuduhan membuat hantaran komunikasi palsu di Facebook mengenai 11 ahli parlimen PKR

SEPANG: Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau Papagomo, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi palsu di Facebook.

Wan Muhammad Azri, 41, didakwa menggunakan akaun Facebook “Muhammad Azri” untuk menerbitkan hantaran palsu mengenai 11 Ahli Parlimen PKR.

Hantaran itu mendakwa 11 ahli parlimen PKR menarik sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada 7.32 malam, 28 Mei lepas di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.

Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya MCMC Faten Hadni Khairuddin mencadangkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk serahan dokumen.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada MCMC.

Beliau berkata anak guamnya tidak pernah cuba untuk tidak hadir ke mahkamah.

“Sehubungan itu, saya memohon agar jaminan ditetapkan pada kadar yang rendah,” katanya.

Peguam itu memohon pertimbangan sewajarnya memandangkan anak guamnya mempunyai enam anak termasuk anak bongsu yang merupakan kanak-kanak autisme.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan Wan Muhammad Azri diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 7 Januari depan sebagai sebutan untuk serahan dokumen.

Muhammad Rafique berkata tarikh perbicaraan kes anak guamnya ditetapkan dari 27 hingga 30 April depan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

T7 Global strengthens leadership with key appointments

T7 Global Bhd has announced a leadership reshuffle, with Tan Kay Zhuin redesignated as executive director and industry veteran Azman Yakim appointed as the new group CEO. The transition marks the group’s next phase of growth, building on Tan’s contributions in expanding its energy and industrial solutions divisions and Azman’s extensive experience in operational management across the oil and gas value chain.

Man charged for using fake ‘Datuk’ title

A 50-year-old man faces charges for possessing business cards with a fake 'Datuk' title, an offence carrying a potential RM500,000 fine or five years' imprisonment.

Most Viewed

Man charged for using fake ‘Datuk’ title

A 50-year-old man faces charges for possessing business cards with a fake 'Datuk' title, an offence carrying a potential RM500,000 fine or five years' imprisonment.
spot_img

Popular Categories