the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NADMA siap siaga hadapi gelombang kedua banjir, koordinasi bantuan dipertingkat

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

NADMA tingkat kesiapsiagaan hadapi gelombang kedua banjir, pastikan bantuan wang ihsan disalur segera kepada mangsa di pusat pemindahan

BAGAN DATUK: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesiapsiagaan itu dipertingkatkan susulan fenomena cuaca luar biasa.

Beliau berkata bantuan tambahan sentiasa tersedia dan telah dikoordinasi supaya pembayaran bantuan wang ihsan dilakukan segera.

“Mengikut peraturan, bantuan wang ihsan diberikan tiga hari selepas PPS (pusat pemindahan sementara) ditutup,” katanya.

“Arahan saya, ketika mereka masih berada di PPS pun bantuan boleh disalurkan kerana mereka memerlukan wang segera,” tambah Ahmad Zahid selepas menghadiri taklimat bencana banjir.

Beliau menegaskan bantuan itu adalah bentuk keperihatinan kerajaan dan bukan pampasan kerana bencana adalah ketentuan.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata kesiapsiagaan menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir telah diatur.

“Kebetulan, NADMA telah mengadakan Bulan Kesiapsiagaan di Jerantut, Pahang bulan lalu dan koordinasi telah dilakukan di peringkat negara, negeri, dan daerah,” jelasnya.

Beliau memaklumkan berlaku paip besar pecah semasa lawatannya ke beberapa PPS di Bagan Datuk hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta Lembaga Air Perak menyediakan tangki air tambahan untuk keperluan penghuni PPS.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyelesaikan masalah banjir di seluruh negara.

Terdahulu, Ahmad Zahid meninjau beberapa PPS di sekitar Bagan Datuk termasuk kawasan kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Equinix Malaysia achieves 100% renewable energy coverage

Equinix Malaysia has achieved 100% renewable energy sourcing for its local operations through International Renewable Energy Certificates (I-RECs) and is exploring power purchase agreements (PPAs) with local renewable energy providers as part of its long-term sustainability strategy.

Foodie Media exceeds FY25 performance by Q3 of FY26

Foodie Media Bhd delivered another quarter of sustainable profitable growth, with its integrated Content, Creator, Commerce and Community (4C) ecosystem continuing to gain scale, broaden revenue opportunities and deepen client engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings