the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Warga emas direman enam hari disyaki bunuh isteri di Kelantan

Seorang lelaki berusia 63 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di Kampung Paku, Tanah Merah.

TANAH MERAH: Seorang warga emas direman enam hari untuk membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di Kampung Paku di sini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini di Mahkamah Majistret Tanah Merah bermula hari ini hingga 7 Disember.

Suspek berusia 63 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan polis sambil memakai pakaian lokap.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Menurut laporan media semalam, mangsa dikenal pasti sebagai Mastura Abdullah, 40 tahun, dipercayai dibunuh oleh suaminya di sebuah rumah di Kampung Paku.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Gunmen kill 162 in new Nigeria village massacre

At least 162 people were killed in a brutal attack on a Nigerian village, one of the deadliest in recent months, as security forces intensify anti-terror operations.
spot_img

Popular Categories