the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
27.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis didakwa samun dua kedai runcit di Kota Bharu

Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan samun di kedai runcit di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan samun.

Mohd Irfan Azieyadi Abdul Aziz, 44, didakwa menyamun seorang pembantu kedai runcit warga Pakistan dengan mengambil wang tunai RM400 di Kampung Beris Jambu, Pengkalan Chepa pada 8 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan samun terhadap pembantu kedai runcit warga tempatan berketurunan Pakistan di Kampung Chempaka, Pengkalan Chepa pada 10 November lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes itu adalah serius.

Peguam Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri merayu agar jaminan sesuai dikenakan atas alasan anak guamnya tidak berisiko melarikan diri dan mempunyai masalah kesihatan.

Beliau menyatakan isteri tertuduh menghidap kanser ovari tahap tiga serta asma dan mereka mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

Hakim Zulkifli Abllah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin.

Beliau turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa serta melapor diri ke balai polis setiap dua bulan sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Related

spot_img

Latest

Ren Li, Founder of Letright Industrial Corporation, Honored as “Entrepreneur of the Year” at ACES Awards 2025 in Bali

ALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - Ren Li, Founder of Letright Industrial Corporation, has been named “Entrepreneur of the Year” at the Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) Awards 2025, held from 27–28 November at the InterContinental Bali Resort.

Ascott Launches Asia’s First Chelsea-Themed Hotel Suites During The Famous CFC Jakarta, Unveiled by Club Legend Gary Cahill

London/Jakarta/Singapore - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 – The Ascott Limited (Ascott), the Official Hotels Partner of Chelsea Football Club, launched Asia's first Chelsea-themed hotel suites at Ascott Sudirman Jakarta and Citadines Sudirman Jakarta in Indonesia as part of The Famous CFC Jakarta, the third edition of Chelsea's international fan engagement event presented by Ascott

Most Viewed

UK Degrees in Singapore: World-Class Education, Local Advantage

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - Singapore has emerged as a hub for transnational education, allowing students to earn globally recognised UK degrees without leaving the country.
spot_img

Popular Categories