the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Felda, FGV semak dokumen selesaikan isu notis amaran tanah

Felda dan FGV semak semua dokumen berkaitan untuk selesaikan isu notis amaran tanah ladang di Terengganu, dengan proses audit komprehensif dan verifikasi data negeri.

KUALA LUMPUR: Felda dan FGV Holdings Berhad sedang menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua dokumen berkaitan bagi menyelesaikan isu notis amaran yang dikeluarkan Kerajaan Terengganu.

Proses itu merangkumi sejarah, rekod pembayaran, bayaran premium tanah, status hak milik dan syarat-syarat pembangunan ladang.

Langkah itu susulan notis amaran pendudukan secara tidak sah yang dikeluarkan ke atas ladang lot Felda dan FGV di beberapa daerah Terengganu.

“Proses semakan ini dilaksanakan secara teliti melalui audit tanah yang komprehensif dan verifikasi silang dengan data pihak berkuasa negeri,” menurut kenyataan bersama kedua-dua entiti.

Felda dan FGV akan bertindak berdasarkan rekod rasmi dan dokumentasi yang disahkan serta disokong fakta.

Mereka memaklumkan tempoh tiga hari diberikan dalam notis amaran untuk mengosongkan atau merobohkan struktur adalah amat ketat dan singkat dari sudut pengurusan ladang.

Felda mempunyai hak dan asas di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 untuk membangunkan Kawasan Penempatan Berkelompok.

Pembangunan ladang komersial di Terengganu bertujuan menjana pendapatan bagi menyokong pembangunan komuniti dan program sosioekonomi peneroka.

Ekosistem perladangan secara lestari melibatkan pengeluaran buah sawit hinggalah kepada pemprosesan oleh anak syarikat Felda iaitu FGV.

Operasi ini turut memainkan peranan penting dalam merancakkan aktiviti ekonomi setempat melalui peluang pekerjaan.

Felda dan FGV mengakui wujudnya pelbagai pandangan dan spekulasi mengenai isu ini.

Mereka menegaskan bahawa isu ini akan ditangani sepenuhnya secara profesional melalui prosedur perundangan.

Kedua-dua pihak sedang meneliti implikasi undang-undang secara mendalam dan akan mengambil semua langkah perlu.

Tindakan itu bagi mengurus kesannya supaya kepentingan peneroka terus terpelihara, termasuk kesinambungan pendapatan 1,283 pekerja.

“Kebajikan pekerja Felda dan FGV, kepentingan komuniti peneroka serta kestabilan sosioekonomi komuniti setempat akan terus dipertahankan sebagai keutamaan tertinggi,” menurut kenyataan itu.

Notis-notis amaran yang dikeluarkan tidak memberi sebarang kesan terhadap operasi ladang peneroka dan seluruh komuniti peneroka di Felda Wilayah Terengganu.

Mereka boleh meneruskan aktiviti sara hidup seperti biasa.

Bagaimanapun, notis-notis amaran ini mempunyai implikasi langsung terhadap operasi Felda dan FGV khususnya perancangan jangka panjang.

Ia juga memberi kesan kepada kelancaran aktiviti komersial berkaitan, termasuk penurunan hasil yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Felda dan FGV memaklumkan kekal optimis penyelesaian terbaik dapat dicapai melalui proses perundangan antara semua institusi kerajaan yang terlibat.

“Felda dan FGV beriltizam memastikan setiap tindakan dilaksanakan selaras peruntukan undang-undang dengan tetap memelihara kepentingan pekerja, komuniti peneroka, menghormati bidang kuasa negeri serta menyumbang kepada kestabilan industri perladangan negara secara keseluruhan,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings