the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Young Tigers gagal ke suku akhir Piala Dunia Remaja selepas tewas kepada England

Skuad hoki remaja negara tewas 1-3 kepada England dalam perlawanan penentu, gagal mara ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2025 di India.

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan remaja (Young Tigers) terlepas peluang mara ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2025.

Pasukan itu tewas 1-3 kepada England dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Hoki Antarabangsa Madurai, Tamil Nadu, India.

England membuka jaringan awal menerusi Henry Markham dari pukulan sudut penalti pada minit keempat.

Pasukan itu menggandakan kedudukan menerusi gol padang Michael Royden pada minit ke-36.

Malaysia merapatkan jurang menerusi Azimuddin Kamaruddin yang juga menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-47.

England melengkapkan kemenangan menerusi gol padang Alex Chihota tiga minit sebelum tamat.

Belanda muncul juara kumpulan E selepas membelasah Austria 11-0 dalam perlawanan lain.

Belanda menghuni kedudukan teratas dengan sembilan mata, diikuti England di tempat kedua dengan enam mata.

Malaysia menduduki tempat ketiga dengan tiga mata manakala Austria di tangga tercorot tanpa mata.

Hanya juara kumpulan dan dua pasukan naib juara terbaik mara ke suku akhir kejohanan itu.

Empat pasukan naib juara lain serta empat pasukan ketiga terbaik akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.

Baki pasukan lain berentap dalam perlawanan klasifikasi ke-17 hingga ke-24.

Young Tigers memulakan kempen dengan kemenangan 5-1 ke atas Austria pada Sabtu lepas.

Pasukan itu kemudian dibelasah 0-6 oleh Belanda pada Ahad sebelum tewas kepada England. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories