the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zambry hargai lanjutan pelantikan senator, tekad terus pacu agenda pendidikan tinggi

Menteri Pendidikan Tinggi hargai lanjutan pelantikan sebagai senator, tekad teruskan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pelantikan semula sebagai senator.

Beliau berkata pelantikan itu membolehkannya meneruskan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana melanjutkan tugas saya sebagai menteri dan juga senator untuk meneruskan agenda yang telah digariskan,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Festival Idea Putrajaya 2025.

Zambry juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas pencalonannya.

Beliau berkata demikian mengulas upacara angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara itu menamatkan spekulasi mengenai status beliau bersama dua lagi menteri selepas tempoh penggal pertama mereka berakhir.

Selain Zambry, turut mengangkat sumpah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ditanya mengenai portfolio dalam Kabinet, Zambry berkata beliau akan terus melaksanakan tanggungjawab sedia ada.

Dalam kenyataan berasingan, Perdana Menteri berkata pelantikan ketiga-tiga menteri membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar dan agenda reformasi negara.

Sementara itu mengenai Festival Idea Putrajaya, Zambry berkata penganjuran edisi kedua mencatat sejarah tersendiri.

Program itu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai acara akademik terbesar negara.

Beliau berkata program itu turut diangkat sebagai program peringkat ASEAN dengan penyertaan menteri dari Indonesia dan Filipina.

Menurut beliau, keseluruhan penganjuran meraih kira-kira 500,000 pengunjung secara fizikal dan 1.4 juta peserta dalam talian.

“Ini adalah satu kejayaan besar negara. Kementerian Pendidikan Tinggi berjaya menunjukkan semangat kerja berpasukan yang sangat baik di semua peringkat,“ katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Sabah cabinet inclusion aims for political stability, says Masidi

Deputy Chief Minister Masidi Manjun defends the inclusion of a Barisan Nasional assemblyman in Sabah's new cabinet, stating it was necessary to ensure political stability for the state's development.

Most Viewed

Santan Crowned Industry Champion at ACES Awards 2025

BALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - Santan, the F&B business of Capital A, has been named a winner of the Industry Champions of the Year Award at the Asia Corporate Excellence & Sustainability Awards 2025 (ACES), recognising outstanding leadership and innovation across Asia.
spot_img

Popular Categories