the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 pemain B-16 negara berpotensi tembus skuad senior Harimau Malaya

Dollah Salleh yakin 10 pemain skuad B-16 negara berpotensi untuk dikembangkan dan menyarung jersi Harimau Malaya dalam tempoh lima tahun

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 10 pemain daripada skuad bawah 16 tahun (B-16) negara berpotensi untuk menyarung jersi pasukan senior Harimau Malaya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengurus pasukan Datuk Dollah Salleh berkata pemain-pemain muda itu telah menunjukkan potensi untuk digilap sehingga ke peringkat senior.

Dollah yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bakat mereka tidak seharusnya dipersiapkan untuk kejohanan tertentu sahaja.

“Saya telah berbincang dengan jurulatih dan menegaskan mereka tidak sepatutnya (dipersiapkan) untuk kejohanan itu saja,” katanya.

Beliau berkata usaha perlu dilakukan bagi memastikan pemain-pemain terutamanya 10 orang itu tidak disia-siakan selepas beralih ke skuad B-17 dan kelab.

Mengulas prestasi keseluruhan skuad B-16, legenda bola sepak negara itu berkata pasukan mempunyai beberapa pemain dengan kemahiran individu yang baik.

Namun, pasukan masih kurang dari segi keserasian sebagai satu unit yang padu.

“Keseluruhan pemain skuad ini baik, cuma pada hari penentuan lawan Vietnam nampak kucar-kacir mungkin disebabkan faktor keserasian pemain kerana kita banyak buat pertukaran,” katanya.

Dollah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM berkata penggiliran pemain yang kerap menjejaskan keserasian pasukan.

Skuad B-16 negara gagal layak ke Piala Asia B-17 2026 selepas menamatkan saingan Kumpulan C di kedudukan kedua dengan 12 mata.

Mereka berada di belakang Vietnam yang muncul juara kumpulan dengan 15 mata.

Malaysia tewas 0-4 kepada Vietnam pada aksi terakhir kumpulan yang juga perlawanan penentuan juara.

Sebelum itu, skuad negara cemerlang mencatat empat kemenangan ke atas Kepulauan Mariana Utara 13-0, Hong Kong 1-0, Macau 5-0 dan Singapura 2-1.

Dollah hadir sebagai tetamu jemputan pada sidang media Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge 2025.

Kejohanan edisi ke-19 itu bakal berlangsung dari 5 hingga 7 Disember ini.

Ia akan menampilkan 100 pasukan daripada pelbagai peringkat umur dari Singapura, Maldives, Indonesia, Nepal dan Malaysia.

Juara bagi setiap kategori umur iaitu B-8, B-10, B-12, B-14 dan B-16 akan diberi peluang menyertai kejohanan anjuran akademi di Singapura secara percuma pada April tahun depan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Buriram, Hanoi in must-win Shopee Cup showdown

Defending champions Buriram United host last season’s runners-up Công An Hà Nội on Wednesday in a crucial Shopee Cup™ Group A clash, with both sides desperate for a first win to revive their knockout hopes.The two teams famously drew 5-5 on aggregate in last season’s final before Buriram triumphed on penalties, adding extra weight to this mid-group-stage meeting.Buriram have opened the 2025/26 campaign with draws against Selangor and BG Pathum United, while Công An Hà Nội sit one point above them after a loss to BG Pathum United and a late win over DH Cebu.
spot_img

Popular Categories