the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

EAIC syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS kes sisa haram Bukit Pelandok

EAIC selesai siasat kes pelupusan sisa kimia haram di Bukit Pelandok, syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS terlibat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah menyelesaikan siasatan aduan terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung kes pelupusan bahan terjadual secara haram di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan dan syor kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah JAS Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Suruhanjaya itu juga akan memanjangkan hasil siasatan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tatatertib jabatan untuk tindakan tatatertib terhadap pegawai terlibat.

“Hasil siasatan ini akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dimaklumkan kepada umum dalam tempoh masa terdekat,” menurut EAIC dalam kenyataan.

Pada Disember 2024, media melaporkan mengenai kewujudan tapak pelupusan sisa haram di kawasan tersebut.

Siasatan mendapati terdapat dua lokasi pelupusan haram yang terletak kira-kira 200 meter antara satu sama lain.

Terdapat lebih kurang 800 tong dan tangki intermediate bulk container (IBC) dipercayai mengandungi sisa kimia yang dilupuskan secara haram di kedua-dua lokasi.

Tapak haram itu terlindung di sebalik tembok setinggi lebih kurang tiga meter.

Keputusan analisis sampel buangan daripada Jabatan Kimia Malaysia mendapati buangan yang dilupuskan secara haram itu disyaki terdiri daripada cecair mengandungi sebatian pelarut terpakai (SW322).

Ia juga mengandungi bahan pepejal dan bekas yang telah dicemari bahan kimia serta buangan terjadual (SW409). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories