the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan ucap terima kasih atas sumbangan airboat Agong untuk operasi banjir

Kerajaan Persekutuan ucap terima kasih kepada Agong atas sumbangan dua airboat berkuasa tinggi untuk operasi menyelamat mangsa banjir.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan kebenaran menggunakan dua airboat berkuasa tinggi milik baginda.

Aset canggih itu akan digunakan sebagai aset operasi menyelamat mangsa banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurniaan itu memperlihatkan keprihatinan tinggi Sultan Ibrahim terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat.

“Bagi pihak Kerajaan MADANI, saya merafak setinggi-tinggi penghargaan atas dukungan ini,” menurut hantaran beliau di Facebook.

Beliau berkata sokongan itu akan memperkukuh kesiapsiagaan dan melancarkan gerak kerja penyelamatan bersama agensi di lapangan.

Ini bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua musibah banjir.

Pada Mac 2023, tiga unit airboat milik Seri Paduka Baginda telah digerakkan bagi operasi menyelamat dan bantu mangsa banjir di Johor.

Bot-bot itu turut digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke penempatan Orang Asli di Kluang yang terputus hubungan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings