the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang umum bantuan khas 2 bulan gaji untuk penjawat awam negeri

Kerajaan Pahang peruntuk RM48 juta untuk bantuan khas dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri dan insentif RM200 untuk penjawat awam Persekutuan.

KUANTAN: Penjawat awam negeri Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan bersamaan dua bulan gaji pada tahun hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan keseluruhan RM48 juta itu akan dikreditkan dalam dua kali bayaran.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM3.75 juta bagi Pemberian Insentif Khas Pahang 1st sebanyak RM200 buat pertama kali.

Insentif RM200 itu akan diberikan kepada 18,743 penjawat awam Persekutuan berpendapatan bawah RM3,000 pada 31 Disember ini.

“Saya amat berharap seluruh penjawat awam negeri dan Persekutuan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2026 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Beliau menyeru penjawat awam mempertahankan kerajaan negeri daripada usaha memesongkan fakta dan menjejaskan persepsi rakyat.

Bagi pendidikan Islam, elaun tambahan RM100 akan diberikan kepada setiap Guru Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) asrama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan elaun mereka RM1,000 seorang.

Bayaran tambahan RM100 juga diberikan kepada setiap Guru KAFA di seluruh negeri dengan implikasi kewangan RM3.66 juta.

Kerajaan negeri juga bersetuju mengurangkan yuran persekolahan agama daripada RM490 kepada RM370.

Yuran asrama bagi sekolah menengah agama dikurangkan daripada RM670 kepada RM560.

Bagi memperkukuh pendidikan tahfiz, RM1.8 juta diperuntukkan sebagai subsidi Tadika Tahfiz Negeri Pahang di semua 42 DUN.

Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi bantuan pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN Ijazah Pertama anak Pahang yang baru bekerja.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings