the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

47 penduduk Orang Asli dipindah ke PPS susulan tanah runtuh di Gombak

Tanah runtuh di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak akibat hujan lebat menyebabkan 47 penduduk dipindah, lapan rumah terjejas, tiada kemalangan jiwa

GOMBAK: Seramai 47 penduduk Orang Asli telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Batu 12 di sini.

Insiden itu berlaku pada Rabu lepas kira-kira pukul 7 malam selepas hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di laluan air yang merentasi kampung.

Seorang warga emas, Halimah Yunos, 71, melalui detik cemas apabila dinding dapur rumahnya runtuh dan sebahagian rumah hampir terjatuh ke tebing.

“Sebaik saja menyedari tanah di bahagian dapur telah runtuh, saya terus memanggil anak yang tinggal di rumah sebelah untuk mengalihkan barang-barang,” katanya.

Beliau bersyukur kerana tidak berada di dapur ketika kejadian dan memaklumkan pergerakan tanah telah dikesan sejak 25 November lalu.

Seorang lagi penduduk, Mahadil Ali, 55, berkata insiden itu merupakan kejadian tanah runtuh pertama sejak penempatan itu dibuka pada 1991.

Beliau mendakwa air dan sisa binaan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang terletak kira-kira 200 meter di atas bukit menjadi antara faktor mempengaruhi struktur tanah.

“Jika ada cadangan untuk kami berpindah, saya akan bersetuju kerana kawasan tanah di rumah saya sudah tidak selamat diduduki,” katanya.

Wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Gombak Hazmimi Johar memaklumkan pemindahan lapan keluarga dilakukan dengan kerjasama JAKOA, Pejabat Pegawai Daerah Gombak dan pasukan penyelamat.

Mangsa akan terus ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Orang Asli Batu 12 sehingga kawasan penempatan baharu yang selamat dikenal pasti.

Bantuan makanan dan keperluan asas akan diteruskan untuk semua mangsa yang terjejas.

Secara keseluruhan, terdapat 290 rumah dengan anggaran 1,400 penduduk Orang Asli mendiami kampung tersebut.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.10 malam.

Pemeriksaan mendapati runtuhan tebing setinggi kira-kira 7.6 meter melibatkan kawasan seluas 100 kaki persegi.

Kejadian itu mengakibatkan lapan rumah terjejas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ten-Year Protection Becomes VinFast’s Edge in Harsh Middle East Markets

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - When VinFast celebrated the opening of its 350th service center in Vietnam, the milestone confirmed a strategy built around aftersale polices that have become one of the most powerful forces behind the company's rise.

Family Support Now Make-or-Break for Overseas Postings, New Study Reveals

LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 5 DECEMBER 2025 - Family wellbeing is emerging as one of the strongest predictors of success on international assignments – yet support for families has not always kept pace with modern mobility expectations, according to new research from AXA Global Healthcare.

Most Viewed

Chinese Epic “Swords Into Plowshares” Debuts at ATF: Eastern Wisdom of Peace Resonates with Global Market

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - Huace Group, China's leading film and television studio, hosted the Asian showcase for its historical magnum opus Swords Into Plowshares (Chinese title: Taiping Nian) at the main stage of the Asia TV Forum & Market (ATF).
spot_img

Popular Categories