the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi SAR remaja hilang di Kajang diperluas ke Sungai Langat

JBPM Selangor perluas operasi SAR remaja 14 tahun hilang di Kajang, guna bot, dron dan anjing pengesan di Sungai Langat selepas adiknya ditemui mati

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperluaskan sektor operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang hilang selepas dilaporkan hanyut dibawa arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang dalam kejadian di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, Kajang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata operasi pencarian remaja berusia 14 tahun itu bermula di lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus sehingga persimpangan Sungai Langat dalam radius kira-kira empat kilometer (km).

“Operasi SAR turut dijalankan di Sungai Langat kira-kira pada jarak tiga km menggunakan bot dan pencarian melalui dron juga sepanjang 3km (hulu dan hilir sungai).

“Kita turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dengan dibantu BBP Bangi dan Dengkil bagi pemantauan sekitar kawasan sungai di bawah seliaan kawasan balai berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Mukhlis berkata operasi sedang giat diteruskan pasukan SAR di beberapa lokasi.

Semalam, dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang.

Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada 7.47 malam tadi di Sungai Merbau di Kampung Sungai Kantan, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ten-Year Protection Becomes VinFast’s Edge in Harsh Middle East Markets

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - When VinFast celebrated the opening of its 350th service center in Vietnam, the milestone confirmed a strategy built around aftersale polices that have become one of the most powerful forces behind the company's rise.

Family Support Now Make-or-Break for Overseas Postings, New Study Reveals

LONDON, UK - Media OutReach Newswire - 5 DECEMBER 2025 - Family wellbeing is emerging as one of the strongest predictors of success on international assignments – yet support for families has not always kept pace with modern mobility expectations, according to new research from AXA Global Healthcare.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories