the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perubahan Antartika jelas Malaysia, usaha pemeliharaan perlu dipertingkat – Sultan Mizan

Perubahan di Antartika jejas Malaysia, usaha pemeliharaan perlu dipertingkat demi tanggungjawab global dan generasi akan datang

KAJANG: Malaysia memikul tanggungjawab moral, ilmiah dan global dalam usaha memelihara Antartika kerana setiap perubahan yang berlaku di benua itu memberi kesan langsung kepada negara ini, titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sultan Mizan bertitah Malaysia sebagai anggota Triti Antartika 1959 perlu menyumbang secara lebih bermakna kepada usaha global menangani perubahan iklim dan memastikan bumi terpelihara untuk generasi akan datang.

Baginda bertitah usaha memelihara benua itu amat mustahak kerana pencairan pelantar ais Antartika akibat pemanasan global telah menyebabkan kenaikan aras laut sebanyak 7.4 milimeter, seperti yang digariskan dalam Laporan Penilaian Keenam Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

“Sementara itu, Laporan Antarctic Treaty Consultative Meeting 2025 turut memandang serius isu mikroplastik dan mencadangkan penyediaan pelan tindakan segera bagi menangani isu ini,” titah baginda pada Sambutan Hari Antartika 2025 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Sultan Mizan turut mengingatkan bahawa Malaysia telah mencipta sejarah dalam diplomasi Antartika pada 1982 melalui inisiatif ‘Question of Antarctica’ di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), yang memperjuangkan bahawa Antartika adalah warisan bersama manusia dan perlu ditadbir secara telus serta inklusif.

“Legasi ini telah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai antara negara terawal memperjuangkan prinsip keadilan dalam diplomasi Antartika,” titah baginda yang telah menjejakkan kaki ke benua itu pada 2011 dalam satu lawatan kerja rasmi.

Pada majlis itu, Sultan Mizan selaku Penaung Yayasan Penyelidikan Sultan Mizan (YPASM) berkenan menganugerahkan Geran Penyelidikan YPASM kepada penyelidik daripada 12 universiti bagi melaksanakan kajian dan projek berkaitan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan iklim.

Baginda turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kolaborasi antara YPASM dan 12 universiti tempatan bagi Kitaran Ketiga Smart Partnership Initiative untuk tempoh 2026-2030. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Doubleview Gold Corp. Announces Successful Completion of 2025 Drilling Season at the Hat Project, the Largest Drill Season yet with 13,290m Diamond Drill Core

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - December 8, 2025 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to announce the completion of its 2025 drilling season at the Hat Polymetallic Project in northwestern British Columbia.

HKSTP Led Delegation of Innovators to Unlock Hong Kong-Italy Innovation Potential at Think Business Think Hong Kong in Milan

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 8 December 2025 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a dynamic presence at the "Think Business, Think Hong Kong" (TBTHK) symposium organised by the Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) held in Milan on 27 November 2025, spotlighting Hong Kong's strategic role as a global innovation and technology hub, and vital superconnector between China and Europe.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories