the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
26.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kuching catat 98 kes penipuan panggilan telefon, rugi RM7 juta

IPD Kuching buka 98 kertas siasatan kes penipuan panggilan telefon sejak Januari, dengan kerugian mencecah hampir RM7 juta.

KUCHING: Polis Daerah Kuching membuka 98 kertas siasatan kes penipuan panggilan telefon sejak 1 Januari hingga 9 Disember.

Kerugian kumulatif daripada semua kes itu mencecah RM6.96 juta.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata semua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebatan.

Beliau memaklumkan satu kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga emas berusia 61 tahun.

Mangsa mengalami kerugian lebih RM90,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan.

“Dalam kejadian sekitar 3 Nov, mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mendakwa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya.

Pemanggil mendakwa terdapat bungkusan milik mangsa bernilai RM7 juta dirampas di Kuala Lumpur.

Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu bernama ‘Puan Lydia’ daripada Bahagian Siasatan Penggubahan Wang Haram.

Melalui helah itu, mangsa diarahkan memindahkan wang ke tiga akaun bank berbeza kononnya bagi tujuan siasatan.

Wanita itu melakukan 19 transaksi yang berjumlah RM92,100.

Alexson berkata mangsa hanya sedar ditipu apabila suspek terus menuntut bayaran tambahan untuk “menyelesaikan kes”.

Keadaan itu mendorong mangsa membuat laporan polis. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories