the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 12, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anutin bayangkan pembubaran awal Parlimen Thailand

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul memberi bayangan akan membubarkan Dewan Perwakilan, membuka laluan kepada pilihan raya umum baharu

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul memberi bayangan akan membubarkan Dewan Perwakilan, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum baharu.

Dalam hantaran terbaharunya di Facebook pada Khamis malam, Anutin menulis dalam bahasa Thai: “Saya mengembalikan kuasa kepada rakyat.”

Beberapa media tempatan Thailand melaporkan bahawa Anutin telah menyerahkan dekri diraja bagi pembubaran Dewan untuk mendapat perkenan diraja petang Khamis, dengan tumpuan kini terarah kepada sama ada Warta Diraja akan menerbitkan perintah diraja itu lewat Khamis malam.

Anutin sebelum ini berkata pada September bahawa beliau merancang membubarkan Parlimen menjelang akhir Januari, dengan pilihan raya umum dijangka diadakan pada Mac atau awal April.

Masih tidak jelas sama ada mesej terbaharunya itu menandakan beliau akan bertindak lebih awal daripada yang diumumkan sebelum ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories