the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Nazrin berangkat ke Syrahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Sultan Nazrin Shah hadir Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35, dengar syarahan bekas hakim ICJ mengenai undang-undang semasa perang

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah ke-35, tahun 2025 di sini.

Keberangkatan baginda turut diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, beberapa menteri kabinet dan duta asing ke Malaysia, selain anggota kehakiman, pengamal undang-undang, ahli akademik dan undangan.

Sultan Nazrin yang juga Pengerusi Yayasan Sultan Azlan Shah, berkenan menyaksikan syarahan tahun ini yang disampaikan Master of Magdalene College, Cambridge Christopher Greenwood yang juga bekas Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari United Kingdom.

Dalam syarahannya Christopher membincangkan tajuk Can International Law Make a Difference in Time of War, menyentuh mengenai kaitan, batasan dan tanggungjawab undang-undang antarabangsa dalam situasi konflik yang sedang berlaku.

Buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, syarahan tersebut disiarkan secara langsung dan boleh ditonton di lawlecture.sultanazlanshah.com.

Syarahan itu merupakan anjurkan bersama Yayasan Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaya (UM).

Siri syarahan ini dianjurkan sebagai menghormati komitmen Sultan Azlan Shah terhadap kedaulatan undang-undang dan tadbir urus berperlembagaan, sekali gus menjadi siri syarahan undang-undang utama di Malaysia.

Sejak 1986, ia telah menampilkan hakim-hakim terkemuka, sarjana undang-undang dan pakar perundangan kanan dari serata dunia common law. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Smilegate LORDNINE Launches Pre-Registration for New Growth-Accelerated Server ‘Helena’ in Celebration of 1st Anniversary…...

Smilegate announced on Tuesday, July 14 that pre-registration has begun for 'Helena', a new growth-accelerated server for the MMORPG 《LORDNINE: Infinite Class》 (developed by NX3 Games), in celebration of the game's 1st anniversary.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings