the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Erra Fazira sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Ezwan Zain

Pelakon Erra Fazira kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Ezwan Zain selepas majlis akad nikah di Shah Alam pagi tadi

SHAH ALAM: Pelakon, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Ezwan Zain atau “Mr E” pagi tadi.

Majlis akad nikah berlangsung tepat pukul 9.19 pagi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Ezwan, 44, yang merupakan seorang ahli perniagaan, sah bergelar suami kepada Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor Mohd Sabirin Noordin.

Erra menerima mas kahwin sepokok ufti bunga emas seberat 102 gram berserta set barang kemas, tas tangan, jam tangan serta kasut.

Majlis pernikahan itu akan disusuli dengan acara persandingan untuk ahli keluarga pada esok.

Resepsi perkahwinan membabitkan kenalan dijadualkan pada 27 Dis ini.

Perkahwinan bersama Ezwan adalah yang ketiga buat Erra.

Sebelum ini, ikatan perkahwinan yang dibina bersama dengan pelakon dan vokalis KRU Datuk Yusry Abdul Halim terlerai pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Pasangan itu bercerai pada 2014 selepas dikurniakan anak perempuan bernama Engku Aleesya, 16. – Bernama

Related

spot_img

Latest

PM Anwar urges religious students to master AI and digital skills

Prime Minister Anwar Ibrahim encourages religious and pondok school students to master new technologies like AI, emphasising its importance alongside morals for modern challenges.

Most Viewed

Government to review creative industry policy for fairer funding

Communications Minister Fahmi Fadzil announces a review of the National Creative Industry Policy to ensure fairer fund distribution and highlights the sector's 6.8% GDP contribution.
spot_img

Popular Categories