the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KBS arah MSN siasat isu penarikan diri atlet Danish Irfan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Menteri Belia dan Sukan arah MSN dapatkan laporan penuh berhubung isu penarikan diri pelari pecut Danish Irfan daripada skuad Sukan SEA.

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan laporan penuh daripada Olahraga Malaysia (MA) berhubung isu penarikan diri atlet olahraga Danish Irfan Tamrin.

Hannah berkata langkah itu bagi memastikan ia dapat diselesaikan dalam kadar segera.

Beliau memandang serius perkara itu dan menegaskan kesimpulan tidak boleh dibuat hanya berdasarkan laporan media sosial.

BACA: KBS larang atlet bawah 15 tahun sertai sukan tempur tanpa pelindung

“Siasatan sedang berjalan,” katanya pada sidang media geran Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Beliau menambah jika ada penemuan salah laku, MSN akan mengambil tindakan sewajarnya.

Isu itu tular ekoran dakwaan pelari pecut muda negara itu dipaksa menulis surat menarik diri daripada skuad 4×100 meter Malaysia di Sukan SEA Thailand.

Kejadian itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap terdapat kronisme dalam industri sukan.

Hannah berkata semua keputusan berhubung pemilihan atlet perlu dibuat secara profesional dan berasaskan merit.

Kriteria itu termasuk catatan masa, jarak dan prestasi semasa atlet.

“Saya ingin memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa pemilihan atlet mesti berdasarkan merit,” katanya.

Beliau menegaskan jika tidak, Malaysia yang akan rugi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings