the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Melaka nafi halang ambulans, siren dalam video milik polis

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Melaka jelaskan anggota trafik tidak halang ambulans, siren dalam video tular milik polis yang kawal lalu lintas untuk konvoi pelabur China.

MELAKA: Polis Kontinjen Melaka menegaskan anggota trafiknya tidak menghalang pergerakan sebuah ambulans seperti didakwa dalam video tular.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata bunyi siren yang kedengaran dalam rakaman itu adalah milik polis yang sedang menjalankan kawalan lalu lintas.

Beliau menjelaskan anggota sedang mengiringi konvoi 18 bas delegasi pelabur dari China semalam.

BACA: Ambulans terbabas di Kluang, pemandu maut tiga cedera

Konvoi itu bergerak dari kawasan Rehat dan Rawat Pintu Gerbang Ayer Keroh bagi tujuan promosi pelancongan negeri.

“Ketika konvoi tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Taming Sari, anggota trafik bertugas menghentikan aliran trafik,” katanya dalam kenyataan.

Dzulkhairi berkata anggota melihat sebuah ambulans Bulan Sabit Merah Malaysia berhenti di lorong kanan dengan lampu ‘beacon’ merah biru dihidupkan.

Ambulans itu didapati tanpa siren dan tanpa lampu isyarat kecemasan ketika itu.

“Penilaian dibuat atas justifikasi sekiranya ambulans itu dalam kecemasan akan menggunakan lorong kiri serta membunyikan siren,” jelasnya.

Beliau berkata ambulans terbabit beratur seperti kenderaan lain semasa kawalan dibuat.

Selepas bas terakhir konvoi melepasi kawasan berkenaan, anggota trafik meninggalkan lokasi.

Dzulkhairi menegaskan ambulans itu masih berada di lorong kanan tanpa bergerak serta tanpa bunyi siren kecemasan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Video tular itu didakwa menunjukkan anggota trafik menahan ambulans bagi memberi laluan kepada VIP. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aon Highlights Maturing Transaction Risk Market in Asia Pacific Region as Claims Trends Evolve

Aon’s 2026 study shows Asia Pacific’s transaction risk market is maturing, with rising claims activity and growing adoption of warranty, indemnity and tax insurance. The report highlights evolving sector-specific risks and increasing demand for structured insurance solutions in regional and cross-border deals.

Armacell deepens Asia-Pacific industry engagement to drive energy efficiency, sustainability and fire safety

Armacell is strengthening collaboration across Asia-Pacific through its ArmaLive Experience Centre, providing technical training, fire-safety guidance and sustainability expertise. The initiative supports industry professionals in improving energy efficiency, regulatory compliance and building performance with advanced insulation solutions.

Atlas Lithium receives strong product demand; on track for commercial production in 2027

Atlas Lithium expects to begin commercial production at its fully permitted Neves Project in late 2027. The company has received product interest exceeding three times planned output and aims to strengthen Brazil’s role in the global lithium supply chain while creating thousands of jobs.

First Phosphate closes final tranche of oversubscribed private placement

First Phosphate completed the final tranche of its oversubscribed private placement, raising total gross proceeds of nearly C$17.7 million. The company also announced board and audit committee changes as it advances its North American LFP battery supply chain strategy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings