the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 18, 2026
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nani Sahirah kejut Sukan SEA, raih emas lontar peluru pecah rekod

Nani Sahirah Maryata mencipta kejutan dengan emas lontar peluru Sukan SEA 2025 sambil memecah rekod kebangsaan catatan 16.36 meter.

BANGKOK: Atlet lontar peluru negara Nani Sahirah Maryata mencipta kejutan di Sukan SEA Thailand 2025 dengan meraih pingat emas.

Beliau memenangi acara final di Stadium Suphachalasai sambil memecahkan rekod kebangsaan sendiri.

Nani Sahirah mencipta catatan kemenangan 16.36 meter pada lontaran keduanya yang tidak dapat diatasi pesaing.

BACA: Grace Wong pecah rekod temasya empat kali raih emas Sukan SEA

Catatan itu memadam rekod kebangsaan lamanya iaitu 15.39 meter yang dicipta di Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis tahun lalu.

Atlet tuan rumah Areerat Intadis meraih perak dengan catatan 16.04 meter.

Gangsa pula dimenangi wakil Vietnam Huyen Thi Kim yang melontar 15.92 meter.

Kejayaan ini menandakan peningkatan besar bagi Nani Sahirah berbanding penampilan sulungnya di Sukan SEA Kemboja 2023 yang hanya meraih gangsa.

Kem olahraga negara turut dihiburkan dengan emas daripada Grace Wong Xiu Mei dalam acara baling tukul besi wanita lebih awal.

Sementara itu, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif menyumbang sebutir gangsa dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki.

Beliau mencatat masa 13.85 saat yang menyamai rekod peribadi terbaiknya.

Emas acara itu dimenangi atlet Filipina John Christopher Tolentino dengan masa 13.66 saat yang juga rekod baharu temasya.

Malaysia gagal mempertahankan emas dalam acara 400 meter lelaki yang dimenangi penyandang juara Umar Osman sebelum ini.

Umar Osman hanya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa 47.13 saat.

Joshua Robert Atkinson dari Thailand meraih emas acara 400 meter dengan masa 45.13 saat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories