the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 13, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan Sabah 2026 utamakan selesaikan masalah asas air, elektrik dan jalan

Belanjawan Sabah 2026 fokus selesaikan isu kemudahan asas air, elektrik dan jalan luar bandar, dengan peruntukan RM6.402 bilion dan anggaran lebihan.

KOTA KINABALU: Belanjawan Sabah 2026 akan memberi tumpuan utama kepada usaha menyelesaikan isu kemudahan asas yang membelenggu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata komitmen menyelesaikan masalah air, elektrik dan jalan raya di luar bandar akan diberi keutamaan.

“Inilah yang akan kita (kerajaan Sabah) laksanakan untuk tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan belanjawan di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beliau menekankan usaha itu selaras dengan tema Belanjawan Sabah 2026 “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”.

BACA: Belanjawan 2026: Sabah dan Sarawak terima peruntukan tertinggi

Hajiji berkata rakyat kurang berkemampuan akan terus diberi pembelaan dengan meneruskan pemberian bantuan.

Kerajaan juga akan memperkasakan pembangunan modal insan melalui bantuan kepada anak-anak Sabah untuk bersekolah dan melanjutkan pendidikan.

Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM6.402 bilion dengan anggaran lebihan RM28 juta.

Belanjawan itu dibentangkan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan negeri.

Kerajaan negeri mengunjurkan hasil RM6.43 bilion pada tahun depan sekali gus menjadikannya belanjawan lebihan.

Masidi berkata kerajaan telah merangka pelbagai strategi melalui sesi libat urus bersama kementerian dan jabatan.

Penyediaan belanjawan itu turut mempertimbangkan petunjuk serta unjuran ekonomi global yang dijangka tidak menentu.

Belanjawan itu turut mengambil kira pelaksanaan program dan inisiatif baharu bagi tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-13.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata belanjawan itu menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri.

Beliau berkata ia menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar sebagai tunggak penting pembangunan Sabah.

“Belanjawan ini turut menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Jafry yakin dengan pelaksanaan efektif, sektor itu akan terus berkembang pesat dan memberi manfaat besar kepada ekonomi negeri.

Beliau berkata limpahan ekonomi daripada peningkatan pelancongan dan pembangunan ekonomi hijau akan dirasai rakyat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ganesh Bangah, 7-Eleven’s Xamble integrates with Lazada to scale regional creator commerce

Xamble Group has integrated its Creator App with Lazada, enabling creators in Malaysia to generate affiliate links, promote products and track commissions within its platform. The move strengthens Xamble’s creator commerce engine, expands earning opportunities for creators and supports the group’s regional social commerce growth strategy across Southeast Asia.

Oasis Harvest to acquire 80% stake in Contagious for RM900,000

Oasis Harvest Corporation Bhd has entered into a conditional agreement to acquire an 80% equity interest in Contagious (Malaysia) Sdn Bhd for RM900,000, strengthening its consumer engagement capabilities. The acquisition, backed by a one-year profit guarantee, supports Oasis Harvest’s strategy to build a broader food and lifestyle ecosystem while enhancing brand experience and marketing execution across its growing F&B portfolio.

Farm’s Best expands national cancer support at iFood Expo

Farm’s Best Food Industries Sdn Bhd has concluded its participation at the iFood Expo Cultural & Food Festival 2025 and is now extending its Omega 3 Chicken CSR Campaign nationwide to support cancer patients and their families. Running until May 2026, the initiative donates RM1 for every RM25 spent on Omega 3 Chicken products, with a fundraising target of RM50,000 to fund patient care, essential needs, early detection, and cancer awareness programmes through its partner cancer society.

Leading institutional investors establish strategic stakes in Orkim following IPO

Orkim Berhad’s listing on the Main Market of Bursa Malaysia marks a significant milestone, reinforcing the coordinated roles of Ekuinas and Permodalan Nasional Berhad in nurturing and stewarding Bumiputera enterprises. Entering the public market with a valuation of RM920 million, the listing was met with strong investor demand and positions Orkim for its next phase of growth.

Most Viewed

The Chamber of Hong Kong Listed Companies Announces Winners of the ‘Hong Kong Corporate Governance and ESG Excellence Awards 2025’

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 December 2025 -Hong Kong has reclaimed its top position in the global initial public offering (IPO) fundraising rankings this year, reaffirming its strength in attracting international capital and solidifying its status as a global fundraising hub.
spot_img

Popular Categories