the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KTMB lancar jadual baharu KTM Komuter Lembah Klang mulai 2026

Jadual baharu KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Jan 2026, tingkatkan kekerapan tren, sokong kerja naik taraf landasan KVDT2

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Perubahan ini selaras dengan kemajuan kerja Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa II (KVDT2).

Jadual baharu terpakai bagi laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang–Tanjung Malim dan Pulau Sebang–Batu Caves–Pulau Sebang.

Ia bagi menyokong operasi yang lebih stabil hasil naik taraf landasan di bawah projek KVDT2.

“Perubahan ini dijangka meningkatkan kelancaran perjalanan tren, mengoptimumkan pergerakan sepanjang laluan terlibat, serta menyediakan perkhidmatan lebih konsisten kepada pengguna,” menurut kenyataan KTMB.

Perkhidmatan bas ulang-alik bagi laluan Subang Jaya–Pelabuhan Klang dan stesen-stesen perantaraan tidak lagi disediakan.

Bagi memenuhi keperluan pada waktu puncak, perkhidmatan tren akan disediakan setiap 30 minit bagi laluan Pelabuhan Klang–Kuala Lumpur dan Tanjung Malim–Kuala Lumpur.

Dua perkhidmatan tren dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan satu ke Shah Alam diperkenalkan pada waktu pagi.

Kerja penyelenggaraan dan penutupan landasan akan diteruskan antara 11 pagi hingga 3 petang setiap hari.

Tiada perkhidmatan tren penumpang bagi laluan Pelabuhan Klang–KL Sentral–Pelabuhan Klang dalam tempoh tersebut.

Laluan Pulau Sebang–Batu Caves–Pulau Sebang pula mengekalkan kekerapan 30 minit pada waktu puncak pagi dan petang.

Dalam tempoh peralihan, operasi tren di sektor Pelabuhan Klang masih menggunakan satu landasan antara Stesen Abdullah Hukum dan Stesen Pelabuhan Klang.

Kerja naik taraf penuh dijangka siap sepenuhnya pada 2029.

Jadual waktu baharu boleh disemak melalui aplikasi KITS STYLE atau laman sesawang rasmi KTMB.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi KTMB atau Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories