Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan buat pengumuman khas Kabinet Kerajaan MADANI pada jam 3.30 petang ini, disiarkan secara langsung.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet Kerajaan MADANI pada jam 3.30 petang ini.
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen termasuk Bernama TV serta platform media sosial rasmi.
Istana Negara mengesahkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku pagi tadi.
Anwar sebelum ini menegaskan kerajaan tidak merancang rombakan besar dalam masa terdekat.
Kabinet Kerajaan MADANI kini mempunyai empat kekosongan portfolio menteri.
Jawatan Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kosong susulan peletakan jawatan.
Jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri juga kosong selepas pelantikan Senator tamat tempoh.
Kerajaan MADANI akan terus mengutamakan tadbir urus kukuh dan keberkesanan pelaksanaan dasar. – Bernama







