the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Diskaun tol 50% untuk kenderaan persendirian pada 23 dan 24 Disember

Kerajaan beri diskaun tol 50% selama dua hari sempena Krismas, melibatkan pampasan RM20.65 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus kepada pengguna kenderaan persendirian pada 23 dan 24 Disember ini.

Diskaun ini diberikan bersempena sambutan Hari Krismas dan melibatkan semua plaza tol kecuali dua lokasi tertentu.

Pengecualian itu adalah Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta.

“Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat,” katanya.

Beliau berkata pemilihan tarikh juga bertujuan menyuraikan trafik musim perayaan dan cuti sekolah.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan menggunakan aplikasi TuJu Highway Navigation App LLM dan MyPLUS-TTA.

Mereka juga diminta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan, had laju dan peraturan lebuh raya.

Status trafik boleh disemak melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau menghubungi pusat pengurusan trafiknya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings