the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Melaka tahan 15 warga Myanmar disyaki terlibat pemerdagangan manusia

Polis tahan 15 warga Myanmar di hotel Ayer Keroh disyaki terlibat aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran

MELAKA: Polis menahan 15 warga Myanmar disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

Serbuan Ops Pintas itu dijalankan di pekarangan lobi sebuah hotel di Ayer Keroh semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata serbuan kira-kira 5 petang itu melibatkan 10 lelaki dan lima wanita berusia 21 hingga 39 tahun.

“Seorang daripada mereka yang ditahan itu disyaki ejen aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis merampas sebuah motosikal serta telefon bimbit daripada suspek terbabit.

Kesemua suspek direman sehingga 15 Januari tahun hadapan bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Siasatan turut merujuk Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Christopher berkata pihaknya memandang serius sebarang aktiviti jenayah dan akan mengambil tindakan tegas.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyalurkan maklumat ke IPD Melaka Tengah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta menyalurkannya menerusi talian 06-2842222. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings