the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 21, 2025
25.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

BN pertimbang penjenamaan semula

Barisan Nasional bersedia untuk penjenamaan semula atau membentuk entiti baharu selaras dengan perkembangan politik semasa dan kekangan perlembagaan.

BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk melakukan penjenamaan semula atau membentuk satu entiti baharu selaras dengan perkembangan landskap politik semasa.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Dewan Tertinggi BN memandangkan perlembagaan gabungan yang digubal sejak 51 tahun lepas menetapkan sebarang perubahan hanya boleh dibuat dengan persetujuan sebulat suara semua parti komponen.

“Kemasukan parti-parti Friends of BN atau dikenali sebagai ahli bersekutu BN untuk menjadi ahli teras tidak dapat dibuat disebabkan oleh kekangan pada Perlembagaan BN itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17 di sini hari ini.

Beliau berkata tiba masanya untuk mengadakan perbincangan dalam Dewan Tertinggi BN, sama ada untuk melakukan penjenamaan semula atau mempunyai satu bentuk entiti yang berbeza daripada sekarang.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menghargai ketaatsetiaan dan kesabaran rakan-rakan pimpinan dalam Friends of BN sehingga perubahan dalam BN dilakukan.

BN hanya mempunyai empat parti teras, iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), manakala Friends of BN berada dalam kategori parti bersekutu.

Mengenai status MIC dalam BN, beliau berkata setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kedudukan parti itu, walaupun tersebar salinan surat berhubung permohonan semula parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Kalau kepimpinan sekarang memutuskan sebaliknya kerana perwakilan telah memberikan kuasa mutlak kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan, maka saya ingin mengulangi bahawa jika mereka (MIC) tidak dapat membuat keputusan, kami akan buat keputusan,” katanya.

Menyentuh pendirian MCA yang menyatakan ketidakselesama bekerjasama dengan DAP, Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah gabungan, BN sentiasa mengutamakan kepentingan parti-parti komponennya.

Beliau berkata ini termasuk dalam rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang.

Related

spot_img

Latest

Recognising next-generation entrepreneurial leaders benchmark for excellence in Malaysia

Recognising leadership, innovation, and resilience, the Most Influential Young Entrepreneurs (MIYE) platform continues to set the benchmark for entrepreneurial excellence in Malaysia. Marking its 10th anniversary, the 2025 programme attracted over 1,300 nominations, with only 100 individuals selected following a rigorous evaluation process.

Most Viewed

Recognising next-generation entrepreneurial leaders benchmark for excellence in Malaysia

Recognising leadership, innovation, and resilience, the Most Influential Young Entrepreneurs (MIYE) platform continues to set the benchmark for entrepreneurial excellence in Malaysia. Marking its 10th anniversary, the 2025 programme attracted over 1,300 nominations, with only 100 individuals selected following a rigorous evaluation process.
spot_img

Popular Categories