the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Media beretika perkukuh diplomasi negara – MPI

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Malaysian Press Institute (MPI) meminta agar pelaporan berkaitan bencana alam, tragedi dan isu kemanusiaan dilaksanakan secara beretika, berfakta dan berperikemanusiaan dengan mengambil kira sensitiviti budaya, tata susila serta hubungan antara negara khususnya dalam konteks pelaporan rentas sempadan.

Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong (pic) berkata media memikul tanggungjawab penting bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat  tetapi turut membentuk kefahaman awam, memelihara maruah mangsa serta menjaga keharmonian hubungan dua hala dan serantau.

“Dalam situasi bencana dan krisis kemanusiaan, pelaporan kewartawanan tidak wajar didorong oleh emosi melampau, sensasi atau naratif yang boleh mencetuskan salah faham.

“Sebaliknya, ia perlu berteraskan kepercayaan, ketepatan fakta serta kefahaman menyeluruh terhadap realiti sebenar di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kejadian bencana alam di Pulau Sumatera serta pendirian Indonesia yang memilih untuk tidak menerima bantuan luar negara, Yong berkata media perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membentuk naratif pelaporan agar tidak menimbulkan salah tafsir atau persepsi negatif.

Beliau berkata pelaporan yang tepat, seimbang dan berhemah amat penting bukan sahaja untuk memastikan masyarakat memperoleh maklumat sebenar, malah bagi mengekalkan hubungan baik dan persefahaman antara dua negara jiran yang berkongsi sejarah, budaya serta kepentingan strategik serantau.

“Media Malaysia yang membuat liputan berkaitan bencana tersebut perlu mengekalkan standard etika yang tinggi, bersikap prihatin terhadap musibah berlaku di Acheh dan beberapa wilayah di Sumatera Utara serta menghormati segala dasar dan keputusan ditetapkan kerajaan Indonesia,” katanya.

Sehubungan itu, MPI menasihati pengamal media tempatan agar mengamalkan pelaporan yang menghormati hubungan dua negara serta berprinsip setiakawan dengan menzahirkan empati, kepekaan serta rasa tanggungjawab bersama dalam menyampaikan maklumat berkaitan bencana dan kemanusiaan. 

Menurut kenyataan MPI, latihan profesional yang dilaksanakan sentiasa menggariskan kepentingan kefahaman konteks lapangan, implikasi diplomatik serta tanggungjawab sosial media dalam setiap pelaporan berkaitan krisis dan tragedi.

“Wartawan yang beretika dan berintegriti perlu mengutamakan nilai kemanusiaan, empati serta tanggungjawab sosial dalam setiap laporan. 

“Media harus menjadi saluran yang menyatukan, membina persefahaman dan memperkukuh kepercayaan, khususnya ketika masyarakat berdepan saat sukar,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings