the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembantu khidmat am lemas selepas bot terbalik ketika memancing

Seorang pembantu khidmat am ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki terbalik ketika memancing di Loji Air Felda Nitar 2, Mersing.

MERSING: Seorang pembantu khidmat am yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika memancing ditemukan lemas.

Mayat Mohammad Putera Rizzurin Md Noh, 36, dijumpai oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air pada jam 12.49 tengah malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, mangsa ditemukan kira-kira enam meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pencarian awal dilakukan secara di permukaan air melibatkan lima anggota PPDA dari BBP Kluang.

Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh 13 anggota BBP Mersing, lima anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Mangsa yang berkhidmat sebagai petugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2 dikhuatiri lemas semasa memancing bersama dua saudaranya.

Muhammad Zul Hafeez Azman Adi, 29, dan Shahrul Izwan Sabaruddin, 36, berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian itu. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings