the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Amalan menabung, Simpan SSPN bina ekosistem kewangan mampan keluarga

Pensyarah USIM galak amalan menabung melalui Simpan SSPN untuk rancang pendidikan anak, elak hutang dan bina kewangan keluarga mampan.

KUALA LUMPUR: Amalan menabung sebagai sebahagian perancangan kewangan bijak mampu membina ekosistem kewangan mampan dalam suasana kos sara hidup mencabar.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee berkata pendekatan berkesan termasuk simpanan pendidikan teratur seperti Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berkata skim patuh syariah itu menyediakan medium selamat dan terjamin untuk ibu bapa merancang pendidikan anak-anak.

“Melalui simpanan ini, keluarga dapat merancang kewangan dengan lebih tersusun, menyediakan dana pendidikan anak dan membina tabiat menabung yang konsisten,” katanya.

Keberkesanan skim itu terbukti dengan insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM8,000 yang ditawarkan kerajaan.

“Simpan SSPN dijamin selamat sepenuhnya oleh kerajaan tanpa melibatkan sebarang risiko tambahan kepada pendeposit,” katanya.

Beliau menambah pelepasan cukai itu adalah bukti keberkesanan dasar kerajaan untuk menggalakkan simpanan.

Simpan SSPN yang dilengkapi perlindungan takaful amat bermanfaat untuk mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

“Simpan SSPN bagi saya satu hadiah serta cara untuk menzahirkan kasih sayang dan rasa kebertanggungjawaban ibu bapa terhadap anak-anak,” katanya.

Simpanan awal melalui Simpan SSPN amat penting terutama bagi keluarga yang bercadang menghantar anak melanjutkan pengajian di dalam atau luar negara.

Menerusi Simpan SSPN, jelas dapat mengurangkan kebergantungan kepada bantuan fiskal kerajaan serta meminimumkan potensi hutang akibat kos pengajian tinggi.

“Ibu bapa juga diminta agar lebih cakna terhadap kepentingan amalan menabung sejak awal,” katanya.

Peningkatan yuran pengajian dan kos sara hidup dijangka memberi tekanan kewangan besar kepada generasi akan datang tanpa perancangan rapi.

Matlamat utama amalan menabung melalui Simpan SSPN adalah untuk mengelakkan anak-anak menanggung beban hutang jangka panjang selepas tamat pengajian.

“Amalan menabung oleh ibu bapa juga menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak dalam aspek pengurusan kewangan,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories