the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun minggu ini

Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun 8 sen dan 6 sen masing-masing kepada RM3.16 dan RM2.56 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Disember 2025.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan bermula hari ini. Harga RON97 turun lapan sen kepada RM3.16 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun enam sen kepada RM2.56 seliter bagi tempoh 25 hingga 31 Disember 2025.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan lapan sen kepada RM2.94 seliter. Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel, dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan kementerian.

Harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum. Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories