the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Fadillah seru rakyat perkukuh perpaduan sempena sambutan Krismas

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof ajak rakyat jadikan perayaan wadah perkukuh perpaduan, hormati sensitiviti kaum dan agama.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak rakyat Malaysia menjadikan sambutan perayaan sebagai wadah untuk terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian.

Beliau menyeru agar masyarakat berbilang kaum serta agama terus saling menghormati.

Menerusi ucapan sempena sambutan Krismas di X, Fadillah mengingatkan rakyat agar sentiasa menghindari sebarang unsur yang boleh mencetuskan kemarahan atau salah faham.

Beliau berkata sensitiviti agama, kaum dan budaya wajar sentiasa dipelihara agar keharmonian yang dinikmati terus terjamin.

“Dengan semangat toleransi, saling memahami dan menghormati, setiap perayaan yang diraikan mampu menjadi asas kukuh kepada perpaduan nasional,” katanya.

Fadillah menambah perbezaan latar belakang bukan alasan untuk berpecah sebaliknya menjadi kekuatan untuk rakyat bersatu padu.

Beliau mengajak rakyat berganding bahu dan bersama-sama membina ekonomi negara yang mampan.

“Ayuh! marilah kita terus berganding bahu, mengetepikan perbezaan dan bersama-sama membina ekonomi negara yang mampan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Fadillah berkata perpaduan dalam kepelbagaian adalah tunjang kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

Beliau berharap keamanan serta perpaduan yang dikecapi hari ini terus dipelihara untuk generasi akan datang.

“Semoga keamanan, keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi hari ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories