the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 19, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga ADUN PAS Perlis digugurkan, diminta pulangkan aset kerajaan

Tiga ADUN PAS di Perlis digugurkan jawatan dan diminta pulangkan aset kerajaan negeri dengan segera berikutan keahlian mereka dalam parti terhenti.

KANGAR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Perlis telah digugurkan jawatan mereka sebagai wakir rakyat.

Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan meminta mereka memulangkan aset kerajaan negeri yang digunakan dengan segera.

“Secara automatik (jawatan) gugur, kita bukan pecat tetapi memang diberhentikan, semua jawatan dipegang termasuk wakil rakyat, (aset kerajaan negeri digunakan mereka harus) dipulangkan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata pihak DUN akan memaklumkan mengenai pemulangan keperluan yang diguna pakai oleh ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.

Mohd Ridzuan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan serta Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis.

Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi DUN itu selepas keahlian tiga ADUN berkenaan terhenti serta-merta.

Kekosongan itu adalah selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Tindakan itu diambil selepas media melaporkan ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Pada PRU15 lepas, PN memenangi 14 kerusi DUN negeri itu terdiri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings